10 September 2008

Siapa Dia Manusia Yang Hebat?

Manusia yang hebat adalah manusia yang sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Dia akan menjadi bertambah hebat apabila dia kuat berusaha dan melaksanakan apa yang dirancang olehnya.

Manusia hebat menumpukan lebih banyak masa pada usaha, usaha dan usaha. Bila dikriktik, mereka diam saja. Dalam pada itu, terus berusaha, bekerja kuat, sekuat yang mungkin, serajin yang mungkin, menumpu kepada proses pencapaian matlamat mereka.

Bila orang lain mengata dan memburuk-burukkan pencapaian manusia-manusia hebat ini, bagai menyiram air ke daun keladi. Bahkan, mereka menjadi lebih hebat lagi!

Kehebatan milik sesiapa jua yang rajin berusaha tanpa mengenal penat lelah.

Lance Armstrong, Anthony Robbins, Irfan Khairi, Amit Agarwal, Dr Sheikh Muszaphar, Siti Nurhaliza adalah contoh manusia-manusia hebat. Mereka adalah yang terbaik dalam bidang masing-masing.

Mereka adalah contoh terbaik insan yang kuat bekerja, dengan usaha yang hebat juga.

Adakah usaha Anda setakat ini sudah hebat? Atau masih sederhana?

Jika belum, ubah diri menjadi hebat seperti mereka, rajin seperti mereka dan dahagakan kejayaan seperti mereka!

Live Smart and Live Strong.

No comments: